Ada di antara Komuniti itu sudah pun bergiat aktif. Komuniti Ekonomi misalnya, telah membentuk 20 Kluster Ekonomi. Kluster Ekonomi Islam dan Industri Halal misalnya, telah menyediakan Program Pembangunan Ekonomi Taqwa. MPM telah serahkan syor untuk Teraju minta EPU masukkan Program itu sebagai salah satu program teras dalam RMK12.

II.Kesepakatan Ummah dan Kedaulatan Islam

Apabila Saudara Zai Mustafa memberitahu saya untuk melibatkan MPM ke dalam acara pada hari ini, saya setuju.

Input yang saya ingin kongsi bersama di konvensyen ini ada kaitannya dengan Perlembagaan Persekutuan dan Wasiat Raja-Raja Melayu. Kedua-duanya tidak dilaksanakan sebaik-baiknya dan banyak merugikan orang Melayu, sebaliknya menguntungkan bukan Melayu.

1. Bila saudagar-saudagar British rampas begitu saja kuasa pemerintahan dari Istana di negeri masing-masing, Raja-Raja Melayu terkedu tak melawan. Malah selepas itu ada Istana yang dengan relanya memeterai perjanjian penubuhan Malayan Union (MU) untuk menyerahkan pemerintahan negerinya sepenuhnya kepada Pentadbir British.

2. Ketika itu, orang Melayu yang bangkit mengadap Istana dan menasihatkan Istana untuk membatalkan perjanjian itu. Mujurlah Istana insaf dan setuju untuk batalkan perjanjian itu.

3.Pembatalan perjanjian itu bangkitkan semangat rakyat di semua negeri untuk bangkit menentang MU. Perhimpunan Nasional menentang MU pada 2 Mac 1946 di KSS, Kampung Baru Kuala Lumpur, adalah bukti kebangkitan Melayu menentang MU. Hanya pada 11 Mei 1946 baru Istana ikut sama dan tertubuhlah UMNO di Istana.

4. Bila British setuju serah balik kuasa pemerintahan negeri-negeri Melayu dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu, barulah Istana dapat balik kuasa pemerintahan itu dari British.

5. Tapi British cerdik, dia tak serah begitu saja. Dia ada muslihat. Raja-raja Melayu wajib terima Perlembagaan Persekutuan yang mereka gubal jika Istana hendak memerintah.

6.Orang Melayu tak setuju Istana terima dan meterai Perlembagaan Persekutuan itu sebab mereka tahu ia merugikan orang Melayu. Maka Raja-Raja bermesyuarat pada 5 Ogos 1957 untuk gubal WR2M bagi dijadikan ‘Collateral’ kepada PP itu. Jika British terima WR2M itu barulah Istana akan meterai PP yang disediakan oleh British itu.

7.Jika orang Melayu nak tahu, WR2M inilah ‘social contract’ yang orang Melayu maksudkan yang enggan diterima oleh bukan Melayu.

8.Kenapa British semudah itu terima WR2M dan kenapa bukan-Melayu menolaknya? Sebab British tahu Raja-Raja Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu adalah golongan Melayu mudah lupa dan alpa. Sampai hari ini pun WR2M itu tidak pernah diwartakan. Bila tak diwartakan, manakan mungkin ia akan dilaksanakan.

9. Bukan-Melayu tak iktiraf ‘social contract’ itu sebab, jika kedua-duanya dilaksanakan sepenuhnya secara bersama, seperti di Emiriah Arab Bersatu (UAE), bukan Melayu akan selama-lamanya tidak akan jadi kadok naik junjung.

10. Pemimpin Melayu lagi alpa sebab, mulanya dapat berkongsi kuasa dengan Istana. Lepas itu (93/94) mereka berebut kuasa pula dengan Istana. Kini semakin parah, (a) pemimpin Melayu bercakaran sesama sendiri, (b) kian abaikan tanggungjawab mereka laksanakan sepenuhnya dan secara bersama peruntukan PP dan WR2M itu, dan terkini, (c) MPM syorkan Agenda Kemakmuran Nasional Diterajui Bumiputera tapi kerajan ‘spin’ jadi Agenda Perkongsian Kemakmuran Nasional.

11. Hari ini bukan-Melayu, (a) cabar hak dan kepentingan Melayu dalam PP dan persoalkan kewujudan social contract itu, (b) tuntut persamaan hak dengan orng Melayu atas nama Agenda Perkongsian Kemakmuran.

12. Kesimpulannya, PP itu terbukti merugikan orang Melayu, seperti yang pernah curigai oleh orang Melayu, sebelum 5 Ogos 1957, apabila ia pertama kali dibentangkan oleh British kepada Raja-raja Melayu. WR2M hanya menjadi dokumen untuk dimomokkan.

13. Minggu depan kita akan sambut Hari Kebangsaan, bukan Hari Kemerdekaan, dengan penuh kedukaan sebab PP itu sebenarnya merugikan kita. Istana sekadar berwasiat, tapi wasiat itu tidak pernah diwartakan. Istana tidak pernah bertitah memerintahkan Putrajaya untuk laksanakan sepenuhnya secara bersama peruntukan dalam PP dan WR2M itu.

Mesej yang hendak saya sampaikan ialah orang Melayu, golongan kita rakyat inilah yang bertanggungjawab menjaga hak dan kepentingan kita. Jangan terlalu mengharap kepada Istana dan Putrajaya.

Kita tiada pilihan kecuali kita berpakat. Pandangan kami di MPM konsisten dengan tema konvensyen ini. Syabas penganjur konvensyen memilih tema yang amat tepat dan kena pada masanya.

III.Tindakan

Jika kita benar-benar hendak tahu tahap mana kekuatan kesepakatan kita dan sejauh mana kita mampu mendaulatkan bangsa dan agama kita, kita wajib berani bertindak, bukan sekadar melalak.

Kita tidak perlu menyalahkan bukan Melayu mengapa kita jadi begini. Kita wajib bertanya kepada diri kita sendiri, kepada Istana dan Putrajaya, mengapa kita jadi begini hina di Negara sendiri. .

MPM boleh syorkan pelan tindakan sempena menyambut 31 Ogos ini.

 

Prof. Datuk Dr. Hassan Mad
Setiausaha Agung MPM

Artikel ini dipetik daripada ucapan sempena Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional 2019 di Kuala Lumpur 25 Ogos 2019.

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.