Skuad Sabil ditubuhkan atas semangat sukarelawan yang memfokuskan kerja kebajikan dan kebaikan terhadap ummah.

Hakikatnya, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah tergugat dan berasa terancam kerana orang Melayu Islam telah mula bersatu dan sedar bahawa kerajaan PH adalah sebuah institusi kerajaan yang gagal dan memalukan.

Skuad Sabil adalah satu inisiatif untuk menggerakkan anak muda supaya mendekatkan diri kepada ummah melalui kerja kebajikan dan perkara ini tidak berjaya dilakukan oleh mana-mana parti komponen PH.

Apakah sumbangan DAPSY kepada Malaysia? Apakah sumbangan Armada? Apakah sumbangan Pemuda Amanah? AMK dalam PKR juga tiada apa-apa sumbangan.

Yang jelas, sayap pemuda dalam PH hanya mahir menggunakan retorik politik dan tak ubah seperti tin kosong. Apa yang kelihatan hanyalah bijak merebut jawatan untuk kepentingan peribadi serta menabur fitnah.

Nasihat saya kepada pemimpin PH, cermin diri sebelum mengutuk atau menghina pihak lain kerana disebelah PH, sayap pemuda seolah-olah boneka dan tin kosong yang tidak menyumbang apa-apa kepada agama, bangsa dan tanah air.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak Sim Tze Tzin untuk bertanggungjawab atas kenyataannya yang berbaur perkauman dan disiasat oleh pihak Polis Diraja Malaysia.

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.