Orang Islam berdiam diri walaupun di Malaysia diberi lesen judi arak dan pusat hiburan utk orang bukan Islam. Trillion duit berputar dalam industri haram bagi umat Islam. Islam Agama Persekutuan dan majoriti rakyat Malaysia adalah orang Islam. Baiknya umat Islam dan pemerintah Malaysia membenarkan perniagaan yang haram di sisi Islam tapi di izinkan kepada orang bukan Islam.

Umat Islam banyak pantang larang tidak seperti orang bukan Islam. Makanan pun mesti dipastikan ia halal.

Sebab itu ada kempen Beli Produk Muslim. Apatah lagi ada syarikat-syarikat bukan Islam menjual produk mereka yang tidak halal tapi membuat iklan dalam bahasa Melayu dan ada yang guna tulisan Jawi terutama produk makanan.

Ada pihak anti bahasa Melayu dan mengagungkan bahasa ibunda mereka, tapi untuk kepentingan perniagaan mereka menarik umat melayu, mereka lakukan apa sahaja

Begitu juga ada yang begitu anti menentang tulisan Jawi tapi menggunakan tulisan Jawi pada produk-produk yang tidak halal di sisi Islam. Malah ada logo seolah menara masjid dan macam-macam nama seolah-olah ia produk halal bagi umat Islam.

Macam-macam cabaran terpaksa umat Islam Malaysia hadapi dengan pihak yang tidak pernah rasa puas atas tidak cukup apa yang mereka peroleh dan kebebasan yang mereka dapat di bumi milik asal kaum bumiputera yang mereka pijak dan berteduh sekarang.

Amat wajar pihak-pihak tertentu menghormati sensitiviti umat Islam yang patuh perintah Allah dan ajaran Islam yang wajib beli produk Muslim demi menjaga dan memastikan apa yang dibeli halal di samping membantu perniagaan umat Melayu Islam dan bumiputera kerana kalau tidak umat Melayu islam berpakat membantu usahawaan Melayu Islam siapa lagi yg boleh di harapkan.

Adakah bukan Islam Malaysia sedia bantu umat Melayu Islam?. Mereka dengar perkataan Melayu Islam bumiputera pun mereka jijik. Sebab itu mereka mahu hapus perkataan bumiputera kononnya atas dasar Bangsa Malaysia dan perpaduan. Tapi mereka tidak mahu hapus atau tutup sekolah vernakular dan mendokong sekolah satu aliran. Cukup hipokrit.

Maka Umat Islam serta kaum bumiputra mestilah memperkasa dan membantu usahawan Melayu Islam dan bumiputera dengan membeli produk Muslim atau produk bumiputera Sabah dan Sarawak.

Tapi masih ada segelintir Melayu liberal hebat yang mungkin tidak sensitif dgn ajaran Islam menjadi pelanggan kepada produk orang bukan Islam. Mereka tidak hilang 100 peratus pelanggan Melayu Islam. Tak perlu bisinglah.

Putra Perkasa Negara

Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali

Presiden Parti Putra dan Perkasa

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.