Namun saya hanya sedari dompet tertinggal di restoran tersebut sebaik sahaja sampai di rumah yang terletak beberapa kilometer dari situ.

Tidak lama kemudian, seorang pemuda dengan motosikal berlogo Pizza Hut tiba di rumah saya. Rupa-rupanya pekerja yang dedikasi dan jujur datang untuk memulangkan dompet saya.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pemuda berkenaan dan pengurusan Pizza Hut cawangan Bandar Seri Putra yang sudi memulangkan dompet tersebut yang bukan hanya mengandungi duit tetapi dokumen penting lain.

Sebagai manusia, saya mengakui kealpaan saya pada petang tersebut sehingga dompet tercicir. Saya memohon maaf kerana telah menyebabkan kakitangan restoran terbabit terpaksa bersusah payah memulangkan dompet tersebut.

Saya berharap teladan baik yang ditunjukkan pekerja restoran tersebut dijadikan contoh oleh semua pihak.

Sikap sedemikian bukan sahaja dituntut dalam Islam malah agama lain. Semoga pihak berkenaan mendapat ganjaran setimpal daripada Allah.

SUKA PIZA, SUKA JUJUR

Bandar Seri Putra