Terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar Miri, pantai Tusan Cliff atau lebih dikenali sebagai pantai Blue Tears, menawarkan pemandangan yang indah.

Destinasi itu mula dikenali sejak beberapa tahun lalu ekoran keindahan ombak birunya yang menawan kerana kehadiran organisma fitoplankton.

Pesisir pantai Tusan Cliff juga popular dalam kalangan penduduk tempatan serta peminat fotografi oleh kerana keindahan landskap dan pemandangan matahari terbenam yang memukau mata pengunjung.

ANAK MIRI

Sarawak