Ramai dalam kalangan umat Islam hari ini mulai sangsi tentang kesahihan serta status halal sesuatu barang terutama produk makanan yang tertera logo halal Jakim. Isunya, adakah ia tulen atau dicetak sendiri oleh pengeluar produk yang tidak bertanggungjawab?

Untuk lebih berkesan, Jakim boleh memperkenalkan dua kategori logo halal iaitu bahan makanan yang dikeluarkan oleh bukan Islam dan pengeluar produk makanan bumiputera Islam.

Ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan kekeliruan umat Islam terhadap satu-satu produk itu. Antara lain, saya juga ingin melihat saiz logo halal dapat dicetak lebih besar dan berada di bahagian hadapan label barangan agar mudah untuk pengguna melihatnya.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN

Ampangan, Seremban