Bermula daripada guru-guru yang telah mempersiapkan anak-anak murid mereka dengan bersungguh-sungguh, pihak sekolah yang tidak jemu-jemu memberi dorongan serta sokongan tidak hanya kepada pelajar malah kepada ibu bapa juga.

Segala persiapan dilakukan dengan rapi dan lancar. Di sini saya melihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bertungkus-lumus merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti untuk calon-calon UPSR. Jalinan kerjasama daripada ibu bapa juga amat penting bagi membantu menyedia dan memantapkan calon secara menyeluruh, terutama dari sudut rohani ketika peperiksaan semakin hampir.

Ada sesetengah PIBG mengumpul dana bagi menyediakan kelengkapan alat tulis dan sarapan untuk setiap calon pada hari peperiksaan. Itulah fungsi sebenar PIBG, bukan sekadar jambatan penghubung di antara guru dan ibu bapa, Tahniah! Usaha positif seperti itu harus diberi pujian dan diperhebatkan pada masa-masa akan datang.

HAMIDAH ATHIL

Kuala Lumpur