Portal berita terbabit nampaknya bersungguh-sungguh membakar api perkauman apabila mengungkit kembali peristiwa berdarah itu dengan menonjolkan orang Melayu begitu zalim menyerang dan membunuh orang Cina.

Artikel Malaysiakini itu memberi gambaran seolah-olah 50 tahun lalu, orang Cina terlalu dianiaya. Walaupun ada diselitkan kisah orang Melayu menolong kaum Cina dan orang Cina menolong kaum Melayu tetapi secara keseluruhan orientasi laporan Malaysiakini bias termasuk mengaitkan dengan dasar aparteid. Amat keterlaluan.

Soalnya, kenapa Malaysiakini seperti mahu mencurah minyak ke dalam api tanpa menyebut pun tentang siapa yang memulakan provokasi berarak menghalau Melayu menggunakan penyapu bahkan menunjukkan kemaluan serta kencing sambil memaki hamun anggota polis dan orang Melayu?

Lihat juga komentar ‘perang’ mulut antara orang Melayu dan Cina ekoran penyiaran artikel berat sebelah lagi tidak bertanggungjawab itu. Rata-rata orang Cina cenderung melihat tragedi 13 Mei dari segi politik kepartian sedangkan provokasi kaum itu sendiri yang merayakan kemenangan Pilihan Raya Umum 1969 tidak mahu mereka akui.

MELAYU BERMARUAH
Kampung Baru, Kuala Lumpur