Sisa racun tidak boleh dihapuskan dengan membasuh sayur menggunakan air kosong sahaja. Apabila mengambil sayur-sayuran, sisa-sisa racun tersebut turut masuk ke dalam badan dan ada yang boleh menyebabkan anda mendapat sakit. Terdapat banyak kesan kepada kesihatan yang dikaitkan dengan penggunaan racun perosak dalam sayuran.

Terdapat laporan menunjukkan tahap racun yang tinggi dalam makanan boleh menyebabkan perkembangan penyakit seperti kanser, buah pinggang dan paru-paru. Kesan kepada kanak-kanak adalah lebih serius kerana sistem organ mereka masih tidak matang sepenuhnya dan cenderung untuk mendapat jangkitan dan penyakit. Bahan sama juga boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif. Oleh yang demikian, cucilah sayur-sayuran dengan lebih teliti.

MUNIRAH ONN,

Pasir Gudang, Johor