Kakitangan tidak menepati masa bekerja dan banyak menghabiskan waktu dengan bersembang sesama sendiri seolah-olah seperti berada di rumah. Ada dalam kalangan mereka yang tanpa segan silu menggunakan telefon bimbit untuk melayari media sosial.

Misalnya, bahagian farmasi tidak dibuka pukul 2 petang selepas waktu rehat seperti yang tertera pada notis diletak di situ sebaliknya selepas 15 minit dari waktu operasi sebenar.

Bahagian pergigian pula, walaupun bilangan pesakit tidak ramai disebabkan kemudahan terhad, perkhidmatan adalah tidak memuaskan apabila petugas asyik bersembang mengenai hal-hal peribadi dengan gelak ketawa seolah-olah berada di kedai kopi.

Pernah terjadi, saya cuba menelefon bahagian itu bagi membatalkan temu janji tetapi panggilan tidak dijawab walaupun 20 minit lagi sebelum waktu rehat.

PENGGUNA KLINIK KESIHATAN BADANG

Kota Bharu