Senator Liew Chin Tong merujuk golongan ini sebagai ‘median point’. Terdapat juga pendapat lain mengatakan keperluan golongan pertengahan atau ‘Middle Voters’ untuk mengurangkan ekstremisme Umno dan Pas menjelang 2023. Akhirnya, dengan pendaftaran automatik kedua-dua golongan belia ini, Malaysia baru akan dibentuk oleh anak muda Malaysia.

Mengambil iktibar daripada demonstrasi di Hong Kong baru-baru ini, tiada negara lain yang membenarkan pelajar mereka, yang datangnya daripada pelajar sekolah menengah dan Universiti terlibat sama mencabar kerajaan Hong Kong.

Namun sejak 4 Jun tahun ini, untuk sembilan minggu berturut-turut, berjuta pelajar di Hong Kong termasuk ibu bapa mereka, guru, semua yang lebih tua daripada mereka mencabar kerajaan Hong Kong secara terang-terangan. Ketika artikel ini ditulis, golongan belia dan yang lainnya masih enggan mengalah.

Kini mereka mahukan rang undang-undang ekstradisi yang kontroversi itu ditarik balik, bahkan menuntut Gabenor HK Carrie Lam untuk melepaskan jawatan beliau. Para penunjuk perasaan pula meminta siasatan penuh daripada polis bebas, mengenai mengapa polis rusuhan HK masuk campur sebelum Julai 2019, kerana mereka ingin melancarkan proses pilihan raya HK yang adil dan bebas. Dan yang lebih penting, untuk membebaskan 44 orang penunjuk perasaan yang telah ditahan di bawah Akta Drakonian Anti-rusuhan, yang membawa kepada hukuman penjara 10 tahun.

Sekiranya tuntutan di atas tidak dipenuhi, protes penunjuk perasaan HK ini akan merebak ke penjawat awam dan sektor ekonomi yang lain, dan akan menjatuhkan Hong Kong secara keseluruhannya.

Apa yang berlaku di Hong Kong selama sembilan minggu ini bukan peristiwa luar biasa. Reformasi, Suqiu, Bersih 1 hingga 5, tsunami yang memuncak sebelum 9 Mei 2018 yang menghancurkan kerajaan kleptokrasi Datuk Seri Najib Razak, semua ini berlaku bukan secara kebetulan. Ia memerlukan perancangan strategik dan usaha yang bersepadu.

Pilhan raya umum 2023 akan menjadi lebih penting daripada pilihan raya umum yang ke-14, walaupun kedua-duanya mempunyai kepentingan yang kritikal.

Menjelang tahun 2023, Malaysia mempunyai 2 tahun lagi untuk mencapai status negara membangun, satu kerangka masa yang perlu ditangguh untuk tempoh masa 5 tahun.

Selain daripada menara yang berkilauan, rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun akan menuntut 4 perkara, iaitu;

A. Peluang pekerjaan

B. Pendidikan percuma

C. Rumah mampu milik

D. Peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.

A,B,C dan D boleh difahami secara kolektif ataupun secara berasingan. Mana-mana kerajaan tidak akan terlepas daripada isu ini. Belia Malaysia dari golongan umur 18-25 tahun mahu menikmati pergerakan taraf sosial hidup dari nenek moyang mereka.

Walau bagaimanapun, Pakatan Harapan hanya dapat merealisasikan, apabila ada keinginan yang ikhlas untuk memberi tumpuan kepada pemulihan institusi seperti yang dijanjikan di dalam manifesto.

Mengambil Jawatankuasa Khas Parlimen sebagai contoh, pertimbangan daripada mereka perlu diambil berat seluruh ahli lembaga. Pengumuman perkara-perkara utama yang dipimpin oleh SPRM perlu berunding dengan Jawatankuasa Khas Parlimen terlebih dahulu dan bukan secara satu hala.

Sebaliknya, jika PAS dan UMNO hendak menentang Pakatan Harapan secara keseluruhan pada 2023, tidak akan mudah bagi mereka untuk fokus hanya pada isu agama dan bangsa sahaja.

Mereka akan mengeksploitasi kelemahan Pakatan Harapan dengan cara lain. Gambaran indah yang pernah dilukis oleh Pakatan Harapan - yang telah dipesongkan oleh peristiwa-peristiwa melebihi jangkaan para perangka manifesto - akan menjadi permainan mereka.

Oleh itu, ramalan perang dagangan Sino-Amerika; perang teknologi Amerika Syarikat terhadap syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Huawei; perang perdagangan Sino-Korea yang berlaku secara tiba-tiba; ditambah pula persaingan geo-politik and ekonomi yang sengit antara AS dan China akan menjadi makanan bagi UMNO dan PAS untuk merobek Pakatan Harapan menjadi cebisan.

Mereka boleh, kerana Pakatan Harapan telah menjanjikan Malaysia baru dan menjadi lebih baik. Sekarang, Pakatan Harapan, tidak sedar akan situasi buruk antara AS dan China telah sampai ke puncaknya.

2023 adalah usia Malaysia baru. Jika pengundi muda dan tua sama-sama menghukum Pakatan Harapan secara kejam, maka proses masa depan demokrasi yang baru dan kuat akan mati.

Sebagai permulaan, penilaian pengundi yang merangkumi 22.9 juta orang haruslah berdasarkan kredibiliti bersih Pakatan Harapan secara keseluruhan, bukan berdasarkan berapa ramai jumlah anggota BN yang telah dimasukkan ke dalam penjara.

Kedua, walaupun para pengundi dapat memaafkan Pakatan Harapan dan memberi mereka peluang kedua, Pakatan Harapan sendiri perlu mempersiapkan golongan belia ini menjadi pemimpin untuk memimpin nasib mereka sendiri. Mereka perlu bertanding, sama seperti Datuk Rafiq Naizamohideen.

Pakatan Harapan perlu menerima dengan hati yang terbuka dan menggilap masa depan Malaysia; mulai sekarang, tanpa mandat pilihan raya yang kuat pada tahun 2023, akan melihat Malaysia sekali lagi, dipimpin oleh, bukan hanya kleptokrasi biasa, tetapi kleptokrasi PAS dan UMNO, masing-masing cuba untuk menggunakan Islam versi palsu untuk menawan negara demi kepentingan diri sendiri.