Ini jelas dilihat dalam pelbagai isu yang cuba ditangani oleh kepemimpinan PH seperti penetapan gaji minimum, pekerja asing, penambakan laut di Pulau Pinang, pencemaran bahan kimia di Johor dan banyak lagi.

Kegagalan kepemimpinan PH berpegang kepada ideologi pembangunan yang mengutamakan rakyat menyebabkan mereka mudah diperdayakan oleh desakan majikan, elit korporat dan golongan berkepentingan.

Justeru, amat jelas kita memerlukan pembangkang yang boleh membawa perjuangan progresif melawan pemerintah yang sedang berusaha membantutkan tuntutan rakyat. Pihak pembangkang perlu menjadi suara hati kepada rakyat yang inginkan perubahan sebenar dalam Malaysia Baharu ini, tetapi kecewa dengan tindak-tanduk PH.

Erti sebenar pembangkang adalah parti yang bersedia mencabar struktur pemerintahan kapitalis yang menjadi asas negara ini dan ingin membuat perubahan menyeluruh, bukannya reformasi semata-mata.

A. SIVARAJAN

Kuala Lumpur