Ibu bapa tidak pandai Matematik boleh mempunyai anak yang mahir subjek itu. Bagaimana ia terjadi? Sebenarnya terdapat banyak faktor yang mendorong seseorang itu untuk mahir Matematik.

Antaranya, Matematik memerlukan latih tubi yang kerap. Jika ibu bapa pandai tetapi anak-anak tidak rajin membuat latihan, maka mereka akan lemah dalam subjek berkenaan.

Sifir adalah asas yang perlu dihafal sejak kecil. Jika tidak menghafal sifir, anak-anak akan terlalu bergantung kepada kalkulator.

Selain itu, anak-anak perlu fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hindari sikap terlalu yakin diri dan malu untuk bertanya.

Jadi, jika melihat seseorang itu hebat dalam Matematik, bukan bermakna darah hebat itu diperoleh daripada susur galur keturunan, tetapi adalah daripada sikap ambil peduli setiap orang terhadap pentingnya subjek berkenaan.

SHAFARUNIZA MAHADI

UiTM Cawangan Johor