MERUJUK kepada ruangan SMS MMS ANDA dalam Utusan Malaysia bertarikh 14 Mac 2016 halaman 24, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) mengucapkan terima kasih atas aduan yang dikemukakan.

Aduan daripada ZAF amat dihargai dan kita mengambil maklum tentang teguran yang diutarakan itu. NASIONAL fm akan membuat pemantauan berterusan untuk memartabatkan lagu-lagu tempatan.

Terima kasih kerana terus mendengar dan menyokong stesen radio informasi nombor satu Malaysia – NASIONAL fm Sentiasa Di Hati.

JABATAN 
PENYIARAN MALAYSIA

Kuala Lumpur