Walau bagaimanapun, sekarang dilihat tidak lagi berlaku begitu. Tiada yang membezakan TV Alhijrah dengan stesen-stesen televisyen lain bahkan ada masa-masanya seolah-olah tidak menjaga batas-batas aurat antara lelaki dan perempuan. Ada rancangan yang bercampur aduk. Apakah mesej yang nak disampaikan? Apakah fahaman yang nak diterapkan?

Ahli-ahli agama dalam rancangannya juga tidak menampakkan ketokohan sebagai seorang imam atau ustaz untuk dicontohi anak-anak muda.

Diharap TV Alhijrah dapat memberi penambahbaikan terhadap program-programnya agar tidak terlalu ke arah Barat.

WAK AMAT
Selangor