Hari ini, agensi tersebut sedang giat mempromosi penggunaan teknologi yang menggalakkan kecekapan penggunaan sumber tenaga seperti teknologi solar PV, biogas, biomas atau mini hidro. Pada penghujung Disember lalu, menterinya mengumumkan projek pembangunan tenaga solar berskala besar bernilai RM2 bilion.

Setelah itu, dua individu dari parti sama dengan menteri tersebut dilantik untuk mengawal selia projek-projek pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui. Persoalannya, isu projek terowong dan projek tambak laut di utara tanah air yang dikuasai oleh parti itu pun masih menimbulkan kontroversi dan tidak selesai, kini mereka melantik pula dalam kalangan rakan-rakan untuk projek lebih besar.

Tindakan itu amat diragui dan diyakini akan membuka ruang kronisme, korupsi dan nepotisme.

IR. ABU NAUFAL

Kuala Lumpur