Senarai kerja tiada penghujung, tugasan tidak memberi makna, mesyuarat tiada kesudahan, rakan sekerja hanya mementingkan diri sendiri, projek membazir dan berbaur kegagalan, permainan politik tidak henti-henti, kurang peluang meningkatkan diri dan penghargaan kepada bakat, keadaan ekonomi tidak menentu, prospek kerja lemah, ketua atau majikan tidak berhati perut dan sebagainya menyebabkan kelesuan, kebosanan, kurang bermakna dan tekanan.

Namun satu persoalan harus dijawab oleh diri kita sendiri, bilakah kita akan bersikap jujur terhadap diri sendiri? Hanya kita yang tahu menilai diri kita. Kita sendiri boleh mencipta kehidupan yang ingin dikecapi. Adakah kita akan membuat potensi pilihan yang sukar untuk berubah?

Isu kepuasan dan hasrat dipenuhi di tempat kerja , bukan sahaja membimbangkan pekerja tetapi juga majikan.

AZIZI AHMAD

Segambut Luar, Kuala Lumpur