Berdasarkan kajian Universiti Oxford pada 2013, sebanyak 47 peratus daripada keseluruhan pekerjaan di Amerika Syarikat akan terancam. Bidang pertama adalah perubatan khususnya bahagian radiologi, relevannya adalah kerana kecerdasan pembuatan akan mengambil alih tugasan untuk mendiagnosis keadaan kesihatan pesakit menggunakan algoritma imej pemprosesan dengan ketepatan sebanyak 91 peratus. Ini menunjukkan kecergasan pembuatan membantu mengurangkan kesilapan berbanding manusia yang mudah tersilap akibat banyak faktor ketika mengendalikan data.

Keduanya adalah agensi media yang diramalkan mengalami pengurangan dalam pengambilan pekerja. Lihat sahaja, perkembangan bidang pengiklanan digital yang kebanyakannya telah berubah dengan sangat pantas di mana pengiklanan dalam talian di media sosial lebih mencuri tumpuan pembaca. Pengiklanan dalam talian ini menggunakan 100 peratus automasi perisian dan tenaga manusia hanya diperlukan dengan sangat minimum dan majoritinya dikendalikan oleh mesin.

Seterusnya bidang profesional seperti perundangan yang akan mengalami tempias ancaman IR 4.0. Maklumat berkenaan selari dengan dapatan kajian yang dijalankan pada 2018 yang juga mendapati kecerdasan pembuatan dapat mengesan kesilapan dalam beberapa kontrak perundangan serentak dalam masa 26 saat dengan ketepatan 94 peratus. Sebaliknya 20 peguam Amerika Syarikat mengambil masa 92 minit untuk melaksanakan tugas yang sama dengan ketepatan lebih rendah.

Oleh itu tidak dapat disangkal lagi, bukan sahaja golongan kolar biru yang terkesan dengan IR 4.0 malah golongan kolar putih juga perlu turut bersedia menghadapi gelombang ini.

FATIN IZZATI RAMLI

Pensyarah

Universiti Malaysia Pahang