Perakuan terbuka Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKT di Daerah Kuala Muda dan Yan, Kedah hari ini telah memperlihatkan satu komitmen dari Komuniti kaum India terhadap tulisan khat Jawi dilaksanakan di seluruy SJKT di daerah tersebut .

Keterbukaan sifat kemasyarakatan ini mendapat pujian Biro Pendidikan Putra terhadap Pengerusi Tamil Foundation Kedah iaitu G. Kumaran.

Padangan beliau selaku Pengerusi Foundation ini sedikit sebanyak dapat membantu minda Pelajar SJKT ini mempelajari tulisan khat Jawi dan ini adalah salah satu cara untuk menpelbagaikan ilmu dari setiap sudut yg pasti meningkat kemahiran para pelajar diperingkat sekolah rendah.

G. Kumaran menyatakan keputusannya ini telah mendapat sokongan dari seluruh ibu bapa dan menyokong saranan Kementerian Pendidikan.

Maka ini adalah merupakan Petanda bahawa sebahagian kaum India terutamanya ibubapa boleh menerima anak-Anak mereka untuk mempelajari tulisan khat Jawi ini selain dari tulisab ibundanya sendiri .

Biro Pendidikan Putra berpendapat bahawa G. Kumaran berpotensi mengantikan Kulasegaran sebagai Menteri Sumber Manusia atau Menteri-Menteri yang tebal prejudis serta emosi dan tidak membantu membina bangsa negara .

Seperkara yang perlu diingatkan kepada seluruh rakyat yang mana kaum India dan Cina di negara ini bahawa tujuan Kementerian Pendidikan melaksanakan pembelajaran tulisan khat

Jawi ini adalah untuk mendidik seluruh anak-anak diperingkat sekolah sebagai aktiviti kemahiran kokurikolum Pelajar.

Kalau Nak melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya perumpamaan inilah yang telah diterapkan oleh G.Kumaran terhadap pembelajaran tulisan khat Jawi.

Biro Pendidikan Putra amat berharap agar seluruh PIBG SJKT dan SRJKC boleh menerima dan bukan mempolitikan nya yg tidak bertempat dan memalukan. Fikiran sempit ini Harus Dikikis sebagai warga negara Malaysia dimana langit di junjung disitu bumi di pijak.

Dr. Mohd. Aluwi Sari

Pengurusi

Biro Pendidikan Parti Putra Malaysia

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.