Sedangkan pada pengamatan saya, pengacara lelaki dan perempuan sebelum ini ada mengenakan sepersalinan baju Melayu dan baju kurung pada setiap hari Jumaat sejak rancangan itu disiarkan di kaca televisyen.

Isu pemakaian bukanlah remeh kerana memerlukan pemerhatian dan pemilihan setepat-tepatnya. Hal demikian ini kerana RTM merupakan saluran rasmi media kerajaan yang membawa imej agama dan bangsa di negara ini. Tambahan pula, baju kurung memang sinonim dengan bangsa Melayu beragama Islam dan kelihatan molek dikenakan pada setiap hari Jumaat.

Hendak diharapkan kepada stesen televisyen swasta lain, memang tiadalah jawapannya. Ibaratnya, RTM adalah harapan supaya imej tradisional itu dikekalkan, dipersembahkan dan menjadi ikutan khalayak.

Justeru saya berharap kepada penerbit mahupun pihak yang menjaga tatarias dan imej personaliti televisyen agar dapat memandang berat akan hal ini. Saya menantikan pembaharuan di kaca televisyen nanti.

SURIANI SALWA

Penonton setia RTM