Keceluparan jutawan ini sudah tentu mengguris perasaan pasukan keselamatan khasnya, yang selama telah berkorban jiwa dan raga mengamankan negara ini supaya orang saperti Koon Yew Yin boleh membuat kekayaan dengan selesa. Soalnya inikah balasan yang wajar terhadap pengorbanan anggota tentera ini?

Memanglah tidak dinafikan bahawa negara tidak lagi diancam oleh mereka yang anti negara saperti Parti Komunis Malaya (PKM)! Kerana mereka ini telah dimusnahkan habis-habisan oleh pasukan keselamatan dalam darurat pertama dan kedua.

Kekalahan PKM ini telah berakhir dengan Perjanjian Damai Hadyai pada 2 Disember 1989. Semenjak itu negara telah aman dan kerajaan tidak lagi diganggu gugat oleh anasir komunis dan telah dapat memajukan negara ini dengan begitu pesat sekali.

Apabila sudah negara sudah aman, tidak sepatutnya anggota tentera dilabelkan sebagai makan tidur sahaja. Kita minta pihak ATM supaya membawa orang-orang yang sewaktu dengan Koon Yew Yin ke dalam kem ATM dan melihat sendiri apa yang berlaku dalam kem itu. Sebenarnya mengurus keamanan adalah lebih sukar dari mengurus perperangan.

Walaupun begitu, Perkara tidak hiran dengan keceluparan Koon Yew Yin, kerana beliau adalah diantara orang ‘ternama’ Malaysia yang menziarahi ketua pengganas Komunis Malaysia Chin Peng ketika ketua Komunis itu berada di Thailand.

Ini secara langsung membuktikan bahawa jutawan Koon Yew Yin mengiktiraf PKM dan pemimpinnya. Kita tidak lihat atau tahu yang Koon Yew Yin pernah menziarahi balu-balu anggota keselamatan yang kehilangan suami dalam pertempuran dengan pengganas komunis, atau bekas anggota keselamatan yang cedera dan cacat akibat pertistiwa berdarah. Koon Yew Yin hanya berminat melawat ketua pengganas Komunis.

Perkasa tidak mempersoalkan jutawan ini berpihak kemana-mana parti politik, itu hak dia. Tetapi apapun parti yang dianutinya, sebagai rakyat Malaysia, beliau sepatutnya lebih taat kepada negara ini dan menunjukkan semangat patriotik dan tidak mengiktiraf pengganas Komunis.

Tapi Perkasa juga ambil maklum bahawa tidak ramai bukan Melayu menyertai pasukan tentera, kerana perbidalan Cina ada menyatakan bahawa ‘hanya besi yang buruk dijadikan paku.’

Dengan itu Perkasa meminta jutawan Koon Yew Yin memohon maaf dari semua anggota keselamatan khusus anggota ATM bahawa mereka tidak makan tidur sahaja seperti yang didakwanya.

Kerana kenyataan beliau berbau rasis kerana lebih 90 peratus anggota ATM dari bangsa Melayu dan Bumiputera. Kenyataan ini tidak sesuai dengan hasrat kerajaan untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara ini.

Mejar Jeneral (B) Datuk Mohd. Yunus Long

Naib Presiden Perkasa

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.