SEBAGAI bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan, saya tertarik dengan iklan sempena Hari Raya Aidilfitri oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertajuk Konvoi Epik Fantastik yang disiarkan di televisyen dan media sosial. Meskipun dipenuhi unsur-unsur humor, jalan cerita iklan tersebut penuh dengan semangat tradisi kunjung-mengunjungi rumah ahli keluarga dan sanak saudara.

Syabas kepada TNB kerana menghasilkan iklan yang mempunyai maksud mendalam bertujuan mengeratkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan semangat perpaduan dalam masyarakat.

BULBIR SINGH

Seremban