Namun, di sebalik keseronokan melayari dunia siber, ada baiknya ibu bapa memberi bimbingan, panduan serta memantau apa yang anak-anak lakukan sebaik melayari dunia ini.

Ini kerana anak-anak mempunyai tahap pemikiran serta kemampuan berfikir yang masih terbatas. Mereka perlu dibantu bagi memastikan mereka dapat memperoleh manfaat dalam ruang lingkup yang selamat, bertanggungjawab dan beretika.

Kita tidak mahu masalah jenayah seksual yang mengejutkan negara baru-baru ini yang melibatkan kanak-kanak berumur 12 tahun dan mangsa seksual berumur 4 tahun berlaku lagi. Semoga kes seperti ini dapat membuka mata ibu bapa dan penjaga mengenai wujudnya ancaman baharu yang bahaya kepada kanak-kanak. Ibu bapa perlu peka dan menguasai ilmu keselamatan dunia siber. Ilmu ini perlu dipelajari dan difahami bagi membantu ibu bapa untuk sama-sama terlibat dalam aktiviti dunia siber anak-anak.

Terdapat garis panduan keselamatan internet kanak-kanak yang boleh ibu bapa dapatkan disediakan secara percuma oleh CyberSecurity Malaysia yang dikenali sebagai Buku Panduan Keibubapaan.

Buku panduan ini berbentuk infografik yang menarik dan mudah dirujuk. Ibu bapa boleh belajar cara untuk melindungi anak-anak dari menjadi mangsa siber atau pemangsa siber melalui buku ini. Buku panduan tersebut boleh didapati di laman sesawang www.cybersafe.my/ en/download/Buku_ Panduan_Keibubapaan_Siber_BM. Selamat membaca dan jadilah ibu bapa yang lebih prihatin dan celik dunia siber.

SITI NUUR-ILA MAT KAMAL

Pensyarah Kanan Pengurusan Maklumat, UiTM