Modus operandinya seakan sama iaitu mengugut mangsa dengan kesalahan yang direka-reka, begitu licik sekali atau dengan cara pujuk rayu sebagai seorang kekasih dalam internet atau media sosial hingga mempengaruhi mangsa.

Selepas dihubungi, sindiket selalunya meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank.

Yang menjadi kemusykilan adalah bagaimana ramai dalam kalangan mangsa Macau Scam terdiri daripada profesional seperti doktor, jurutera, arkitek malahan pegawai tinggi kerajaan, pakar motivasi serta peguam boleh diperdayakan.

Pada pandangan saya, sindiket ini ada mastermind di belakangnya kerana apabila dibuat serbuan ke tempat-tempat di mana sindiket ini beroperasi, selalunya yang dapat diberkas adalah pekerja-pekerja upahan sahaja. Tetapi ketua sindiket terlepas begitu sahaja.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN

Ampangan