Jika benar sebahagian besar isi kandungan dalam manuskrip tersebut lebih menjurus kepada elemen fitnah sehingga mampu memburukkan reputasinya, Anwar sebagai pemimpin tiada pilihan melainkan mendapatkan satu perintah injunksi sebelah pihak terlebih dahulu (exparte injunction) terhadap penulis atas isu ugutan komersial tersebut.

Identiti penulis telah dikenal pasti, malah PKR dikatakan maklum tentang kesan jika permintaannya tidak dituruti.

Lebih mudah untuk menjadikan penulis upahan berkenaan sebagai defendan atau menghalang agennya dari menerbit serta mengedarkan manuskrip itu kepada orang ramai.


RAHMAD ISAHAK

Aktivis Politik