Kini rancangan pembangunan untuk rakyat dan negara juga dilihat sudah diabaikan dan tidak menampakkan tanda-tanda perubahan yang diharapkan. Apa yang berlaku ialah pergeseran dan perlagaan sesama sendiri dalam merebut kuasa. Bagi saya, mereka ini banyak menghabiskan masa dalam perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Terlalu banyak kelemahan dan kelonggaran berlaku dari segi penyampaian polisi-polisi kerajaan, sektor rangsangan ekonomi begitu lembab sekali serta sektor urus tadbir sosial turut menjadi haru-biru.

Berapa lama lagi rakyat perlu menanti suatu perubahan yang positif bagi mengindahkan pemandangan identiti Malaysia Baharu ini? Rakyat amat terkesan dengan cara hidup membebankan hari ini.

MATI LANGKAH

Perlis