Kerja keras tetapi dengan gaji yang baik dan tinggi pastinya menarik minat sesiapa sahaja. Jika majikan Malaysia tidak sanggup membayar upah berpatutan dan tinggi, tentulah rakyat tempatan yang berbakat akan pergi ke padang rumput lebih hijau.

Jika mereka yang bekerja sebagai tukang sapu mampu memperoleh pendapatan RM1,900, adalah tidak masuk akal untuk menggajikan graduan universiti bermula pada gaji itu.

Satu-satunya cara untuk mengembangkan ekonomi dan memberi manfaat kepada golongan B40 dan M40 adalah mengubah struktur ekonomi dengan kesatuan lebih kukuh dan gaji lebih tinggi.

Bayaran upah tidak boleh dilihat sebagai entiti yang berasingan dari aspek ekonomi. Upah lebih tinggi menunjukkan ekonomi yang memberangsangkan dan meriah. Keadaan upah yang tidak stabil adalah tanda enjin ekonomi negara perlu diperbaharui.

PENDIDIK SENIOR,

Segambut