Tentu ramai yang menyedari kehadiran mereka di kaki lima institusi-institusi kewangan dengan tabung untuk mengutip derma atau menempatkan wanita berusia yang menjual keropok bagi menimbulkan rasa simpati.

ANTARA kotak derma yang ditinggalkan di hadapan sebuah bank di
ANTARA kotak derma yang ditinggalkan di hadapan sebuah bank di Kulim, Kedah, baru-baru ini.– GAMBAR IHSAN PEMBACA

Mereka telah maju selangkah ke hadapan dengan taktik baharu dengan hanya meletakkan tabung derma di hadapan pintu masuk institusi kewangan ini tanpa menunggu di situ. Tabung-tabung ini akan dikutip pada waktu bank-bank itu ditutup.

Kegiatan ini berleluasa di daerah Kulim, Kedah tanpa ada sebarang tindakan. Jika terus dibiarkan, kegiatan ini akan terus dilakukan kerana ia memberi pulangan lumayan kerana tiada pemantauan dan tindakan berterusan daripada pihak berkuasa. Mereka tidak gerun pun dengan pihak berkuasa kita.

Rakyat juga perlu sedar, jika kita terus menghulurkan derma kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini, hal itu bermaksud kita menggalakkan lagi kegiatan sebegini. Simpati perlu bertempat. 

SUBRA
Padang Serai, Kedah