Malang betul bagi pasukan bola sepak Negeri Sembilan apabila perlawanan kedua terakhir boleh tersungkur dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seri pula dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Saya amat kecewa dengan persembahan pemain pasukan itu hingga mendapat jolokan ‘pakar seri’ kerana hanya banyak memberikan skor mata seri berbanding memberikan kemenangan setiap kali turun padang.

Pada musim akan datang, adalah diharapkan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan dengan sokongan kuat kerajaan negeri supaya mendapatkan pemain-pemain yang lebih baik sama ada dalam kalangan pemain tempatan ataupun import.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN

Ampangan, Seremban