Bendera merupakan lambang kedaulatan sesebuah negara. Sama juga banyak organisasi mempunyai bendera sendiri sebagai simbol keunggulan mereka. Jika mereka yang terbabit turut hadir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada setiap malam 31 Ogos, tahukah mereka apa signifikan perhimpunan tersebut.

Sikap golongan sebegini membuatkan saya tertanya-tanya apakah agaknya perasaan mereka apabila menyaksikan Jalur Gemilang dikibarkan di puncak gunung Everest pada 23 Mei 1997? Jika perlakuan tidak menghormati bendera ini berlaku di negara jiran, Thailand, mereka sudah pasti akan dikenakan tindakan di bawah Akta Bendera 1979 khusus untuk melindungi kehormatan bendera negara tersebut. Jika disabitkan kesalahan, pesalah akan dipenjara maksimum setahun atau didenda. Saya berharap kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menunjukkan sikap tidak hormat terhadap lambang kedaulatan negara ini.

MEJAR (B) DR. NOR IBRAHIM SULAIMAN

Jitra, Kedah