Tiada lagi masa yang lebih baik untuk memulakannya selain dari sekarang apabila semua orang berada dalam suasana ceria dan saling bermaaf-maafan. Lupakan kenangan mengguris rasa dan maafkanlah walaupun tidak dipinta,

Kalau tiada hari raya, mungkin agak payah untuk kita menjenguk sanak saudara di kampung. Jadi, inilah masa terbaik untuk kita amalkan budaya kunjung mengunjung bagi mengeratkan silaturahim. Walaupun lebuh raya sesak dengan kenderaan, kita tetap sanggup tempuh berjam-jam demi bertemu keluarga tercinta.

Seterusnya berkongsi dan menyebarkan cinta dalam kalangan kita adalah satu perkara amat mudah diperkatakan. Akan tetapi masih ramai gagal untuk berbuat demikian. Maka mulakan pada musim lebaran ini untuk mengawal emosi kita. Jangan biarkan kesesakan lalu lintas, cuaca panas untuk kita berkelakuan tidak menyenangkan sesama manusia.

Sambutlah Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Rangkul kebahagiaan dengan cara saling bermaaf-maafan, kunjung mengunjung untuk mengeratkan silaturahim.

Buang yang keruh, ambillah yang jernih.

SITI AISYAH ADAM

Kolej Yayasan Pelajaran Johor