Henti kata kemenangan BN-PN disebabkan politik perkauman

Henti kata kemenangan BN-PN disebabkan politik perkauman

SEMUA pihak perlu menerima pilihan pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA ingin mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mengatakan kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu disebabkan kempen bersifat perkauman yang melampau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dakwaan seumpama itu tidak tepat sama sekali kerana kerjasama politik antara gabungan Barisan nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) turut melibatkan parti bukan Melayu.

Soal kalah atau menang itu lain ceritanya. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahkan pihak lain kerana pengundi sudah membuat keputusan berdasarkan pemerhatian mereka.

Umum mengetahui ekonomi negara dimonopoli kaum bukan Melayu dan kita tidak janggal dengan perkara itu. Begitu juga halnya apabila politik negara dikuasai orang Melayu. Saya tidak nampak silapnya. –UTUSAN

TEROPONG JAUH
Jerantut, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN