Gangguan siaran Radio Klasik

Gangguan siaran Radio Klasik

PENDUDUK Gugusan Felda Trolak, Sungkai, Perak berdepan masalah mendengar siaran Radio Klasik, sejak minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA secara tidak langsung mewakili ribuan penduduk Gugusan Felda Trolak. Khususnya membabitkan Felda Trolak Timur, dekat Sungkai, Perak.

Kami menghadapi masalah kesukaran mendengar siaran Radio Klasik, sejak minggu lalu.

Masalah sama kerap berlaku. Contohnya, empat hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini, juga berlaku tanpa siaran dari radio berkenaan.

Kes sama, sebelum itu juga pernah berlaku. Berlarutan berminggu-minggu tanpa dibaiki oleh pihak yang bertanggungjawab.

Aduan ini sekali lagi terpaksa dibuat kerana ketika kini, siaran Radio Klasik masih tidak dapat di dengar. Cuma yang kedengaran bunyi bising sahaja.

Gangguan itu mungkin membabitkan sebuah pemancar di Felda Trolak Timur.

Kami berharap kepada pihak yang bertanggungjawab segera mengatasi masalah itu. -UTUSAN

 

PAK LONG

Felda Trolak Timur, Perak

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN