Perlu ada kesedaran sosial, kesihatan mental remaja

Perlu ada kesedaran sosial, kesihatan mental remaja

BERI panduan kepada remaja tentang langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM usaha menangani peningkatan isu gejala sosial dan masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja, seramai 19 mahasiswa daripada Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban menganjurkan Program Remaja Holistik di Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir.

Program berbentuk kesukarelawanan dan khidmat masyarakat ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi memberi pendedahan kepada golongan remaja tentang cabaran semasa berkaitan aspek sosial, emosi dan pendidikan seksual.

Program ini diwujudkan susulan kebimbangan terhadap peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin kerap dilaporkan.

Perkembangan teknologi dan pengaruh media sosial yang tidak terkawal turut dikenalpasti sebagai faktor yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak serta pergaulan bebas dalam kalangan remaja masa kini.

Ia bukan sekadar memberi pendedahan, tetapi turut melibatkan pelajar dalam sesi interaktif bagi membantu para pelajar memahami cabaran alam remaja dan cara mengurus kehidupan dengan lebih positif. melalui tiga modul utama: Perkembangan diri remaja, kesihatan mental dan emosi remaja, serta seksualiti remaja.

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada remaja tentang kepentingan mempunyai pengetahuan berkaitan perhubungan sosial, kesihatan mental dan emosi serta pendidikan seksual.

Ia juga memberi panduan kepada remaja tentang langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial selain membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan fokus terhadap matlamat hidup.

Melalui pelaksanaan program ini, usaha berterusan ini dapat membantu melahirkan generasi muda yang lebih berdaya tahan, berpengetahuan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan secara sihat dan positif. – UTUSAN

NAWWAR HAFIDZ RAHIMI
Kelab Prime Mover
UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN