60 tahun Mara berbakti

60 tahun Mara berbakti

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) mencapai kejayaan besar sebagai pemangkin pemerkasaan ekonomi Melayu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DEWAN Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengucapkan sekalung tahniah kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) atas pencapaian cemerlang sempena sambutan ulang tahun penubuhan ke-60.

Untuk rekod, DPMM terlibat secara langsung di dalam Kongres Ekonomi Bumiputera 1965 bersama cerdik pandai dan golongan peniaga Melayu ketika itu mencadangkan penubuhan Mara.

Sepanjang 60 tahun (1966-2026), Mara mencapai kejayaan besar sebagai pemangkin pemerkasaan ekonomi Melayu.

DPMM menyokong saranan Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Mara untuk merangka pelan transformasi termasuk menambah baik Akta Mara.

DPMM juga menyokong kenyataan Perdana Menteri agar institusi pendidikan di bawah Mara menerokai industri berlandaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan kecerdasan buatan (AI).

DPMM juga menyokong harapan Perdana Menteri untuk menggiatkan usaha membawa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ke Bursa.

DPMM sentiasa menyokong usaha yang dirangka oleh Ketua Pengarah Mara sehingga berjaya mengumpul aset bernilai lebih RM20 bilion.

DPMM berbangga kerana Mara berjaya di dalam bidang:
• Pendidikan: Melahirkan jutaan profesional dan tenaga kerja mahir melalui institusi pendidikan seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kolej Mara dan universiti di bawah Mara (seperti UniKL).
• Pembangunan keusahawanan: Menjadi jambatan penting dengan membantu bumiputera menceburi bidang perniagaan melalui pembiayaan, latihan dan bimbingan usahawan.
• Pembangunan sosioekonomi: Memperkukuh kedudukan bumiputera melalui agenda 3P (penyertaan, pemilikan dan penguasaan).
• Penyediaan infrastruktur dan peluang: Membuka peluang pendidikan dan perniagaan yang luas kepada masyarakat luar bandar dan bandar.

DPMM menghulurkan tangan untuk bersama-sama merealisasikan setiap agenda ke hadapan yang dirangka oleh Mara.

DPMM juga melancarkan program Gema DPMM-Gerakan Ekoniaga Madani dengan Mara sebagai rakan strategik bagi menjayakan jelajah program ini ke seluruh negara. –UTUSAN

NORSYAHRIN HAMIDON
Presiden Dewan Perniagaan
Melayu Malaysia (DPMM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN