ORANG Melayu sejak dahulu terkenal dengan kemuliaan budi pekerti dan kelembutan akhlak. Nilai ini tidak muncul secara kebetulan tetapi terbentuk melalui penghayatan ajaran Islam yang telah berakar sejak berabad-abad di alam Melayu. Ajaran al-Quran dan as-Sunnah menjadi asas utama yang membentuk tamadun Melayu-Islam serta membina keperibadian masyarakatnya. Sarjana seperti Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas menegaskan kedatangan Islam mengubah akal budi Melayu secara menyeluruh. Istilah ‘budi’ yang berasal daripada Sanskrit ‘Buddhi’…










