RAMADAN bukan sekadar menahan lapar tetapi proses penyucian jiwa. Namun, jiwa tidak boleh dibersihkan secara tiba-tiba. Ia memerlukan persediaan. Hati yang dipenuhi kemarahan dan kebencian sukar merasai ketenangan sebenar Ramadan. Realitinya, ramai hanya berubah sementara dalam Ramadan. Masjid menjadi penuh, al-Quran dibaca setiap hari dan ibadah meningkat. Namun, apabila Ramadan berakhir, ramai kembali kepada tabiat lama. Ini bukan kerana mereka tidak ikhlas tetapi kerana tidak bersedia. Perubahan yang berkekalan memerlukan…










