Henti tabiat merokok di bulan Ramadan

Henti tabiat merokok di bulan Ramadan

PEROKOK boleh berhenti merokok ekoran mampu berpuasa 12 hingga 13 jam di siang hari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEROKOK khususnya dalam kalangan umat Islam perlu mengambil peluang di bulan Ramadan untuk hentikan masalah ketagihan terhadap tabiat merokok. 

Perokok yang berpuasa akan mula menahan diri mereka daripada merokok dalam tempoh masa kira–kira 12 hingga 13 jam iaitu jumlah waktu berpuasa dalam negara kita. 

Sekiranya berjaya dilakukan oleh perokok, ini membuktikan tabiat merokok sebenarnya boleh dihentikan jika dilakukan melalui kekuatan iman dan kesedaran untuk tidak merokok. 

Jelas sekali kejayaan untuk tidak merokok dalam tempoh berpuasa di siang hari yang lama dapat dilakukan dengan kekuatan minda dan emosi.  

Ketika berpuasa, minda dan emosi akan mula bersatu untuk mengatakan tidak terhadap keinginan untuk merokok. Sekiranya tempoh berpuasa 12 hingga 13 jam di siang hari mampu untuk mereka bertahan, mengapakah tidak dilanjutkan selepas proses berbuka puasa untuk beberapa jam lagi sebelum waktu tidur?

Usaha ini sebenarnya tidak sukar dilakukan memandangkan waktu malam sepanjang bulan Ramadan sentiasa digalakkan untuk dipenuhi dengan amal ibadat. 

Sekiranya golongan perokok ini dapat mengisi masa mereka untuk melakukan amal ibadat, maka mereka tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk merokok. 

Jika ini dilakukan secara berterusan dan konsisten sepanjang tempoh sebulan Ramadan boleh menyebabkan keinginan terhadap merokok mula hilang sedikit demi sedikit dan akhirnya dapat menghentikan masalah ketagihan merokok itu sendiri. 

Perkara yang sama juga boleh dilakukan oleh mereka yang ketagih menggunakan rokok elektronik ataupun vape. 

Semoga kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini membawa keberkatan dan rahmah pada kita semua. –UTUSAN

 

DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW

Fakulti Syariah & Undang–Undang (FSU),

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN