SAYA ingin mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi bahawa UMNO perlu dominan jika mahu orang Melayu merasa selamat. Nurul Amal berkata, sejarah membuktikan ketika UMNO menjadi teras pemerintahan, orang Melayu dan Islam berada dalam keadaan lebih tersusun dari segi kuasa politik, ekonomi dan hala tuju negara. Katanya, negara ini pernah diperintah oleh kerajaan Melayu Islam, namun hakikat pahit yang perlu diterima ialah kerajaan itu tumbang…










