PERMAINAN video dalam talian kini bukan sekadar hiburan semata-mata, sebaliknya menjadi ruang sosial yang membentuk persahabatan, menyalurkan emosi, berkongsi minat dan membina identiti diri. Daripada permainan mudah alih hinggalah arena kompetitif bertaraf antarabangsa, dunia permainan video menjadi sebahagian daripada gaya hidup belia moden. Namun, di sebalik keseronokan ini, timbul persoalan penting, sejauh manakah ruang permainan dalam talian itu selamat? Hari ini, platform permainan digital hampir menyerupai media sosial. Interaksi antara…









