MALAYSIA hari ini menghadapi paradoks menarik dengan wanita membentuk lebih 55 peratus pelajar universiti, namun penyertaan mereka dalam kepimpinan politik, korporat, keusahawanan dan sektor awam masih jauh di belakang. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan hanya 55.6 peratus wanita bekerja, manakala dalam jawatan pembuat keputusan politik, angka mereka merosot kepada 10.8 peratus. Di sektor korporat, wanita menguasai hanya 30.7 peratus kerusi pengarah dalam 100 syarikat tersenarai dan perwakilan dalam pengurusan senior…









