CORAK monsun yang berubah dengan hujan tidak menentu, ribut semakin kuat dan peningkatan kejadian banjir kilat menjadikan musim tengkujuh tempoh mencabar bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental. Dalam kalangan penyelidik, keadaan ini semakin dirujuk sebagai eco-anxiety, iaitu kebimbangan yang berkaitan dengan perubahan iklim dan ketidakstabilan alam sekitar. Kehadiran gejala sebegini menunjukkan reaksi masyarakat terhadap bencana alam melepasi tahap kebimbangan biasa dan memasuki wilayah tekanan iklim yang lebih kompleks.…










