HUJAN yang turun dengan lebat serta fenomena cuaca melampau sering memberikan kesan yang ketara terhadap keadaan jalan raya di Malaysia. Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), hujan dan kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan adalah di antara punca utama kerosakan jalan di seluruh negara. Kajian Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di bawah Jabatan Perdana Menteri menunjukkan bahawa ketika hujan lebat atau banjir berlaku, aliran air yang deras serta kawasan bertakung boleh…










