BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion terhadap 25 tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan dan pengubahan wang haram RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan rayuan hukuman daripada kedua-dua belah pihak. Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara serentak itu bermula selepas Najib selesai menjalani hukuman pemenjaraan dana SRC…











