LEMBAGA Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan pada 1973 melalui penyerapan pegawai-pegawai Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dan pegawai-pegawai Jabatan Pertanian ke dalam agensi itu. Pembentukan LPP menyaksikan koperasi luar bandar yang dikenali pada waktu itu sebagai syarikat kerjasama diserapkan ke dalam Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sebagai unit ahli manakala persatuan peladang yang mengguna pakai model persatuan peladang Taiwan dimansuhkan. Ahli-ahlinya menjadi ahli di PPK. Proses penyerapan dua buah institusi penting luar bandar…










