DALAM dunia pendidikan negara yang kian kompleks, guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi turut mengurus pelbagai urusan pentadbiran. Sebaliknya, Jepun sering dijadikan contoh sistem pendidikan yang berjaya menyeimbangkan tanggungjawab pengajaran dan pentadbiran. Guru di Jepun tetap berdepan tekanan kerja, namun sistem sokongan dan budaya kerja mereka menekankan kecekapan dan kerjasama. Kerajaan Jepun memahami motivasi guru bergantung kepada keseimbangan antara pengajaran dan tugas pentadbiran, lantas pelbagai inisiatif diperkenalkan bagi memastikan guru…










