KEMENANGAN Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar New York pertama beragama Islam menandakan detik bersejarah dalam politik Amerika Syarikat (AS). Dalam negara yang pernah bergelut dengan gelombang Islamofobia pasca 11 September dan retorik antiimigran era pentadbiran Donald Trump, pencapaian ini menjadi simbol harapan baharu bagi komuniti Muslim di seluruh dunia. Kemenangan itu sekali gus menunjukkan Muslim Amerika bukan lagi berada di pinggiran, sebaliknya semakin diterima dalam arus perdana politik, dengan implikasi…










