DUNIA pendidikan kini bergerak pantas. Dua dekad lalu, guru maya dan sistem pembelajaran pintar hanya wujud dalam filem. Hari ini, pelajar menyiapkan tugasan dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) yang mampu menjana jawapan, membetulkan logik, malah memahami pelbagai bahasa dalam beberapa saat. Namun, di sebalik kemudahan ini timbul persoalan penting, adakah pendidikan sedang memperkasa manusia untuk berfikir atau menjadikan mereka pasif kepada mesin? Selepas pandemik Covid-19, penggunaan teknologi pembelajaran meningkat lebih…










