Ahli akademik bukan hanya pendidik atau penyelidik, tetapi pemikir dan pembina dasar yang melakar masa hadapan masyarakat. Mereka digilap melalui perjalanan panjang daripada peringkat sarjana muda hingga doktor falsafah sebelum menyumbang kembali melalui pengajaran, penyelidikan dan penerbitan ilmiah. Kepakaran ini wajar diterjemah kepada sumbangan nyata kepada masyarakat dan pembentukan dasar kerajaan. Baru-baru ini, masyarakat akademik meraikan pencapaian saintis Malaysia yang tersenarai dalam kelompok dua peratus saintis berimpak tinggi dunia, diterbitkan…










