PERTUBUHAN IKRAM Malaysia (IKRAM) menzahirkan keprihatinan dengan situasi perang saudara yang meletus di Sudan sejak April 2023, antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) yang dipimpin Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) diketuai Jeneral Mohamed Hamdan Dagalo (Hemedti). IKRAM mengecam sekeras-kerasnya peperangan ini, yang mengakibatkan krisis kemanusiaan terburuk dunia yang mengorbankan puluhan ribu nyawa, jutaan rakyat kehilangan tempat tinggal, kekurangan keperluan asas, sistem kesihatan yang hampir lumpuh, insiden kekejaman…










